Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Terengganu September 2016
Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Hulu Terengganu seperti berikut:
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 - 1 Kekosongan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 - 1 Kekosongan
- Pembantu Kesihatan Awam U19 - 2 Kekosongan
- Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N19 - 1 Kekosongan
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:
i) Kad Pengenalan yang disahkan.
ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan.
iii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).
iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu - Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama permohonan tersebut.
- Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).
- Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh MDHT selewat‐lewatnya sebelum atau pada 1 September 2016 (Khamis) Jam 3.30 Petang.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya
- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kanan sampul surat:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 KUALA BERANG,
TERENGGANU.
Tarikh tutup : 1 September 2016 (Khamis) Jam 3.30 Petang.
Leave a Comment